Monday, December 27, 2010

CHRISTMAS PARTY AT KG.BARU, BALAKONG, SELANGOR (25.12.2010)

Pada hari krismas yang lalu pihak Rainbow Studio telah diamanahkan menjayakan suatu majlis krismas di sebuah dewan serbaguna di Balakong. Alatan studio kami telah disewa selama satu hari bermula pukul 10:00pg hingga 11:00mlm
Ini time da habis kitorang sibuk kemas barang selepas tamat majlis tersebut. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Syukur kehadrat-Nya kerana Rainbow Studio telah dikenali ramai orang. Mungkin ader lag job lepas ni..Insyaallah...

KUGIRAN MAJLIS KAHWIN DI FELDA KEPIS, N.SEMBILAN ( 11.12.2010 )

Kugiran ini berlangsung pada cuti sekolah yang lalu di sebuah majlis kahwin adik kami sendiri tapi di rumah lelaki. So, ini adalah salah satu aktiviti Rainbow Studio dalam tahun ini yang mana kami telah menjalinkan usaha sama dengan Atoi Studio.

Beberapa buah lagu telah diperdendangkan pada hari tersebut yang bermula pada pukul 11:00pg hingga 5:00ptg. Semua player mantap dengan skill dan gaya yang tersendiri. Lineup kugiran tersebut di barisi oleh Kuzai (drum), Anuar (bass) dan Is (gitar).

Thursday, December 23, 2010

LIVE IN CONCERT SK TMN PUTRA PERDANA ( 18 Nov 2010 )

Setelah penat lelah berlatih selama 2 bulan maka hari yang di tunggu tiba jua. Murid SK Taman Putra Perdana mempersembahkan bakat mereka dengan mendendangkan dua buah lagu iaitu 'Kenek-Kenek Lah Udeng' yang dipopularkan oleh Zainal Abidin dan 'Aku Sudah Jatuh Hati' yang dipopularkan oleh Shiela Amin.
Mereka mendapat tepukan gemuruh dari warga sekolah. Guru Besar pun senyum lebar melihat anak muridnya mempersembahkan bakat mereka. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar.

MURID SK TMN PUTRA PERDANA TRANNING DI RAINBOW STUDIO



Murid SK taman Putra Perdana memulakan sesi latihan bermain muzik selama 2 bulan. Mereka terdiri dari murid tahun 6 dan mempunyai bakat yang terpendam sebagai seorang insan seni muzik. Mereka semua berlatih di bawah pimpinan En. Norizham selaku pengurus Rainbow Studio bagi membuat persembahan di Hari Graduasi Tahun 6. Ini adalah aktiviti terakhir mereka di sekolah tersebut dan akan menjadi kenangan mereka kelak.