Monday, January 3, 2011

KITO DE GIG ( 01.01.2011 )

Pada tahun baru yang lalu pihak Rainbow Studio telah di minta menyediakan back line muzik bagi menjayakan satu gig di KM Plaza, Seremban, N. Sembilan. Terdapat beberapa band muzik yang menyertai gig tersebut. Rata-ratanya band terdiri dari N. Sembilan, Selangor dan K. Lumpur yang mana mereka mempunyai bakat tersendiri dalam bermain muzik.
Persembahan gig tersebut membuka tirainya pada pukul 3:00ptg dan berakhir pada 11:30mlm. kami dari pihak Rainbow Studio mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan pihak penganjur kepada kami dalam penyediaan alatan muzik. Alhamdulillah nampaknya Rainbow Studio telah berjaya menjangkau negeri dalam penyediaan back line muzik.

Monday, December 27, 2010

CHRISTMAS PARTY AT KG.BARU, BALAKONG, SELANGOR (25.12.2010)

Pada hari krismas yang lalu pihak Rainbow Studio telah diamanahkan menjayakan suatu majlis krismas di sebuah dewan serbaguna di Balakong. Alatan studio kami telah disewa selama satu hari bermula pukul 10:00pg hingga 11:00mlm
Ini time da habis kitorang sibuk kemas barang selepas tamat majlis tersebut. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Syukur kehadrat-Nya kerana Rainbow Studio telah dikenali ramai orang. Mungkin ader lag job lepas ni..Insyaallah...

KUGIRAN MAJLIS KAHWIN DI FELDA KEPIS, N.SEMBILAN ( 11.12.2010 )

Kugiran ini berlangsung pada cuti sekolah yang lalu di sebuah majlis kahwin adik kami sendiri tapi di rumah lelaki. So, ini adalah salah satu aktiviti Rainbow Studio dalam tahun ini yang mana kami telah menjalinkan usaha sama dengan Atoi Studio.

Beberapa buah lagu telah diperdendangkan pada hari tersebut yang bermula pada pukul 11:00pg hingga 5:00ptg. Semua player mantap dengan skill dan gaya yang tersendiri. Lineup kugiran tersebut di barisi oleh Kuzai (drum), Anuar (bass) dan Is (gitar).

Thursday, December 23, 2010

LIVE IN CONCERT SK TMN PUTRA PERDANA ( 18 Nov 2010 )

Setelah penat lelah berlatih selama 2 bulan maka hari yang di tunggu tiba jua. Murid SK Taman Putra Perdana mempersembahkan bakat mereka dengan mendendangkan dua buah lagu iaitu 'Kenek-Kenek Lah Udeng' yang dipopularkan oleh Zainal Abidin dan 'Aku Sudah Jatuh Hati' yang dipopularkan oleh Shiela Amin.
Mereka mendapat tepukan gemuruh dari warga sekolah. Guru Besar pun senyum lebar melihat anak muridnya mempersembahkan bakat mereka. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar.

MURID SK TMN PUTRA PERDANA TRANNING DI RAINBOW STUDIO



Murid SK taman Putra Perdana memulakan sesi latihan bermain muzik selama 2 bulan. Mereka terdiri dari murid tahun 6 dan mempunyai bakat yang terpendam sebagai seorang insan seni muzik. Mereka semua berlatih di bawah pimpinan En. Norizham selaku pengurus Rainbow Studio bagi membuat persembahan di Hari Graduasi Tahun 6. Ini adalah aktiviti terakhir mereka di sekolah tersebut dan akan menjadi kenangan mereka kelak.

Monday, May 10, 2010

VOUCER RAINBOW STUDIO


Pihak studio akan memberi `PERCUMA 1JAM SEWAAN’ bagi 'KAD JAMMING' yang telah berjaya memenuhi 6JAM sewaan dan `VOUCER’ akan diberikan dengan nilai RM10.00 kepada pelanggan sebagai saguhati daripada pihak studio.Para pelanggan boleh menggunakan`VOUCER’ untuk membayar sewaan studio.

Untuk makluman pelanggan, Rainbow Studio juga ada menjual aksesori muzik. Setiap pembelian barangan tersebut akan di bekalkan resit sebagai bukti pembelian. Pelanggan juga boleh mengumpul resit pembelian tersebut sehingga bernilai RM100 bagi memperoleh 'PERCUMA 1JAM JAMMING'. Voucer juga bolah digunakan bagi membeli aksesori muzik di sini.



PROMOSI RAINBOW STUDIO

Kepada para pelanggan Rainbow Studio, pihak pengurusan akan membekalkan `KAD JAMMING’ selepas anda menyewa bilik studio kami.`KAD’ yang dibekalkan mestilah mengandungi `COP RASMI’ dari pihak RAINBOW STUDIO,ruangan cop akan ditandakan bagi setiap 1JAM sewaan..


Bahagian Depan Kad


Bahagian Belakang Kad