skip to main |
skip to sidebar
Pada hari krismas yang lalu pihak Rainbow Studio telah diamanahkan menjayakan suatu majlis krismas di sebuah dewan serbaguna di Balakong. Alatan studio kami telah disewa selama satu hari bermula pukul 10:00pg hingga 11:00mlm
Ini time da habis kitorang sibuk kemas barang selepas tamat majlis tersebut. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar. Syukur kehadrat-Nya kerana Rainbow Studio telah dikenali ramai orang. Mungkin ader lag job lepas ni..Insyaallah...
Kugiran ini berlangsung pada cuti sekolah yang lalu di sebuah majlis kahwin adik kami sendiri tapi di rumah lelaki. So, ini adalah salah satu aktiviti Rainbow Studio dalam tahun ini yang mana kami telah menjalinkan usaha sama dengan Atoi Studio.
Beberapa buah lagu telah diperdendangkan pada hari tersebut yang bermula pada pukul 11:00pg hingga 5:00ptg. Semua player mantap dengan skill dan gaya yang tersendiri. Lineup kugiran tersebut di barisi oleh Kuzai (drum), Anuar (bass) dan Is (gitar).
Setelah penat lelah berlatih selama 2 bulan maka hari yang di tunggu tiba jua. Murid SK Taman Putra Perdana mempersembahkan bakat mereka dengan mendendangkan dua buah lagu iaitu 'Kenek-Kenek Lah Udeng' yang dipopularkan oleh Zainal Abidin dan 'Aku Sudah Jatuh Hati' yang dipopularkan oleh Shiela Amin.
Mereka mendapat tepukan gemuruh dari warga sekolah. Guru Besar pun senyum lebar melihat anak muridnya mempersembahkan bakat mereka. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar.